Wednesday, April 11, 2012

Dia Naik, Tak Pernah Turun, Tapi Berhenti Bila Kemuncak.

Ha3... Anda tahu apakah Jawapan bagi tajuk ini???

Kalau anda jawab UMUR maka jawapan anda 99.999% betul... ;p
Kalau anda fikir benda lain bawa-bawa bertaubat lah...Ha3...

Suka untuk iz sentuh disini bahawa konsep pelaburan dan umur adalah saling berkaitan.
Ini kerana untuk melabur anda perlukan masa.
Dan ironinya masa pula seiring dengan umur anda.
Semakin banyak masa anda buang semakin singkat tempoh pelaburan anda.
Dan semakin singkat tempoh pelaburan anda, maka semakin sikitlah keuntungan pelaburan anda..


Ha3.. ada faham???
Kalau tak faham memang mengong la... ;p

Apa yang iz ingin cuba sampaikan disini ialah kita mesti sentiasa beringat seperti membuat simpanan wang.
Terutamanya yang masih muda-mudi la kononnya..hu2...
Tapi susah juga kalau yang memang jenis menyimpan dan pada masa yang sama jenis aktif mengeluarkannya :p

Jadi ASB Loan adalah merupakan salah satu sistem terbaik untuk anda yang sukar membuat simpanan setiap bulan.
Antara faktornya ialah;


  1. Nak tak nak anda kena bayar setiap bulan.
  2. Pinjaman anda dalam bentuk sijil yang memang tak boleh dikeluarkan sehingga tamat pinjaman.
  3. Jika anda terdesak sangat perlukan duit anda boleh gunakan/keluarkan dividen/keuntungan.
  4. Tapi nak keluarkan bukan senang..ha3...sebab tak ada kad ATM. Isi borang lah... :p
  5. Jadi ini akan melatih anda untuk berdisplin.

So, dengan cara ini sahaja boleh mendidik orang yang susah nak menyimpan duit..(hi2..ngata diri sendiri :p )

Sementara umur kita masih muda, ini adalah masa terbaik untuk kita menabung dengan cara yang betul..
Bila dah tua susah nak menyimpan...
Kenapa???
Sebab duit kalau dapat pun beli ubat jek..Ha3....

So jom buat ASB Loan...  :)

Klik tab "Apply" diatas.

p/s: Muda Sebelum Tua

Sunday, April 8, 2012

Kos Rawatan Meningkat

Kita semua maklum bahawa setiap orang pasti akan pergi.
Cuma beza bagaimana mereka di dunia sebelum pergi.
"Sihat sebelum sakit"
Iz pasti anda selalu dengar frasa diatas,
ia sebenarnya dari persedian "5 perkara sebelum 5 perkara" yang lain iaitu


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.



 Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat supaya bila anda sakit kebaikan ini akan menolong anda.


Tambahan lagi dari segi kos perubatan sekarang kadangkala terasa tak masuk dek akal.
Silap-silap boleh beli rumah sebiji dengan sebuah kereta buatan tempatan.


Bayangkan jika kes kenser, kos untuk buat kimoterapi paling murah ialah RM 5,800.
Peringkat satu 10 kali kimo, sudah RM 58,000. Next Phase???
Itu tidak temasuk ubat dan rawatan alternatif yang ramai orang kita cuba juga.
Just untuk perkongsian, selain dari kimoterapi ini. Ada beberapa lagi ubat yang pernah menyembuhkan ribuan orang yang menghidap kanser. ia sejenis ubat yang membunuh sel kanser secara semula jadi.
 Cuba google perkataan ini "B17 + bromiolin + graviola" Harga??? Ha3...tengok la sendiri.


Kalau sakit buah pinggang pula nak kena buat dialisis. Satu rawatan RM 150-RM 300. Seminggu 2 hingga 3 kali rawatan.Kalau teruk setiap hari kena buat rawatan. Mana nak kais, kalau ada duit simpanan dalam bank sudah tentu akan habis digunakan.


Jangan kata sakit yang teruk-teruk ini la, kos perubatan gigi pun dah mahal sekarang. Tanam gigi dah RM 5,000 sebatang, Berapa gigi yang anda lompong?? (LOL)..gurau je..Ok la kalau tak mahu tanam gigi pun dah tua nak juga ada gigi kan (gigi emas macam nenek iz ke :p ). Tak kan nak makan bubur saja :p... Kos untuk gigi palsu sekarang pun sudah mencecah RM 1,000 sebaris. Atas bawah sudah RM 2,000++. 


Itu Harga kos hari ini. Bayangkan selepas 20 atau 25 tahun lagi, tidak mustahil ia akan mencecah 10 kali ganda dari kos sekarang. Ini terbukti sebab kos diatas adalah seganda dari 3 tahun sebelumnya.


So dimana anda dalam 20 @ 25 tahun nanti. adakah anda sudah bersedia dari segi keewangan untuk menempuh hari sakit anda???


Dengan sistem ASB ini jika anda ada RM 50,000 dalam akaun anda, selepas 25 tahun anda akan ada anggaran dalam RM 150,000++.  Dengan izin Allah cukup untuk kos perubatan anda. setidak-tidaknya tidak perlu lah mendaftar didalam "BersamaMu  XXXIV" :p