Persoalan


S1Siapa yang boleh melabur dalam Unit Amanah ASNB?
Unit Amanah ASNB boleh dilanggan oleh semua warganegara Malaysia namun bagi skim berikut hanya golongan Bumiputera sahaja boleh melabur dalam skim berikut :-
  1. Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  2. Sekim Amanah Saham Nasional (ASN)
  3. Skim Amanah Saham Didik (ASD)
  4. Skim Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2)
  5. Skim Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) – 51% Bumiputera dan 49% Bukan Bumiputera
Berdasarkan Surat Ikatan Amanah seorang bumiputera adalah seperti yang tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Melayu, Bumiputera Sabah & Sarawak dan Orang Asli.
S2Siapa golongan minoriti?
Golongan minoriti adalah satu golongan yang telah mendapat kebenaran khas dari Perdana Menteri untuk melabur dalam semua unit amanah yang diuruskan oleh ASNB iaitu:
  1. Siam
  2. Portugis / Eurasian / Serani
  3. Mualaf / Beragama Islam tetapi bukan Bumiputera
Nota : Golongan ini mendapat kebenaran melabur dalam semua skim ASNB kecuali bagi skim yang mempunyai pecahan Bumiputera dan bukan Bumiputera (skim ASW 2020) ianya dikategorikan sebagai Bukan Bumiputera.
S3Adakah saya tidak layak untuk melabur kerana saya lahir di luar negara sedangkan saya seorang Melayu?
Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia dan berketurunan Melayu anda layak untuk melabur dalam dan dikategorikan sebagai seorang Bumiputera sekiranya maklumat keturunan di dalam “Print-Out” MyKad/MyKid menunjukkan pemohon berketurunan Melayu, atau pemohon boleh mengemukakan salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/ Borang W bagi membuktikan maklumat-maklumat di atas.
S4Mengapa akaun saya digantung disebabkan kelayakan yang diragui?
Pihak kami menggantung sementara akaun tersebut kerana terdapat keraguan terhadap kelayakan anda. Pihak kami berbuat demikian bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja yang membuka akaun dengan ASNB. Anda perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi mengesahkan keturunan anda iaitu salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Borang W/Sijil Warganegara ATAU “Print-out” MyKad/MyKid yang mengandungi maklumat keturunan.
Sekiranya pihak kami mendapati anda tidak layak untuk melabur dengan ASNB maka akaun tersebut akan ditutup dan wang pelaburan akan dipulangkan dalam bentuk cek.
Bagi skim yang dikhaskan untuk Bumiputera, golongan berikut akan disaring kelayakannya iaitu :-
  1. Keturunan Siam
  2. Keturunan Portugis
  3. Keturunan Campuran Sabah
  4. Keturunan Campuran Sarawak
  5. Kelahiran Luar Negara
    (i)  Penggunaan kad pengenalan baru menggunakan kod negeri kelahiran 60-93
    (ii)  Penggunaan kad pengenalan lama nombor pangkal 8, 9, H6.., K8.. dan K9..
  6. Mualaf / Warganegara Malaysia beragama Islam tetapi Bukan Bumiputera
  7. Nama yang meragui
S5Bolehkah seseorang yang mempunyai kad pengenalan berstatus Penduduk Tetap (Merah) melabur dalam skim ASNB?
Tidak. Skim ASNB hanya terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja. Seorang Penjaga Berdaftar juga perlulah seorang warganegara Malaysia dan bagi skim yang dikhaskan untuk Bumiputera, Penjaga Berdaftar perlulah seorang Bumiputera atau berstatus Minoriti.
S6Sekiranya saya didapati tidak layak melabur, bagaimana dengan wang pelaburan saya?
Sekiranya anda didapati tidak layak, wang pelaburan anda akan dihantar melalui cek dalam tempoh 30 hari dari tarikh pihak kami mendapati anda tidak layak. Surat akan dihantar melalui pos memaklumkan bahawa anda tidak layak melabur.
S7Bagaimana caranya untuk saya melabur?
Permohonan hendaklah dibuat secara terus ke Ibu Pejabat ASNB atau mana-mana Pejabat Cawangan ASNB. Sila rujuk Tatacara Urusniaga ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan. Satu surat pengesahan kelayakan akan dikeluarkan kepada pemohon yang layak dan dokumen tersebut boleh digunakan untuk membuka akaun.
Sekiranya akaun pemegang unit pernah ditutup sebelum ini, sila kemukakan dokumen berikut bagi proses pendaftaran semula akaun:
  1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir atau Print-Out MyKad/MyKid
  2. Surat Kelayakan Melabur
  3. Borang Pendaftaran ASNB P1 dan wang pos bernilai berdasarkan unit permulaan bagi skim yang berkenaan atas nama ‘Amanah Saham Nasional Berhad’.
Nota : Pemohon boleh juga menghantar permohonan melalui Ejen ASNB dan pihak Ejen boleh menghantar permohonan tersebut kepada Ibu Pejabat ASNB. Namun begitu pihak Ejen tidak bertanggungjawab dalam menentukan kelayakan permohonan tersebut.


S8Bolehkah saya melangsaikan pinjaman saya sekali gus?
Sudah tentu, tetapi jika anda berbuat demikian sebelum 3 tahun, anda akan dikenakan penalti serendah 3.5% daripada jumlah pinjaman. Tiada penalti selepas 3 tahun

S9Bagaimana & dimana perlu saya buat bayaran bulanan?
Pembayaran adalah flexible, anda boleh melakukan secara on-line, potongan dari akaun pendapatan atau secara auto debit. Walaubagaimanapun pembayaran kali pertama mestilah di cawangan CIMB berdekatan.


17 comments:

Anonymous said...

Pada hari Rabu 29 Oktober saya terpaksa melakukan pemotongan sementara ASB untuk buat loan perbendaharaan tapi sampai sekarang saya masih belum dapat surat perberhentian daripada ASB. Kenapa?

Anonymous said...

saya ber ic merah penduduk tetap tapi saya lahir di selangor .apekah sy bole membuka akaun asb?

Unknown said...

Blh ke pemegang ic hijau buka ekaun asb@asnb??

Anna said...

Warganegara malaysia tetapi cina boleh buka akaun asb?

Anna said...

Warganegara malaysia tetapi cina boleh buka akaun asb?

hamba allah said...

bolehkah saya semak nama saya di online,sbb baru dpt info arwah bapa ada buat asb atas name saya..

Anonymous said...

Mengapa anak kelahiran warganegara Malaysia China Dan India tidak boleh melabur sedangkan serani Eurasian boleh plak.undang undang ape nie

Unknown said...

My name is Ahmad Asnul Brunei, I contacted Mr Osman Loan Firm for a business loan amount of $250,000, Then i was told about the step of approving my requested loan amount, after taking the risk again because i was so much desperate of setting up a business to my greatest surprise, the loan amount was credited to my bank account within 24 banking hours without any stress of getting my loan. I was surprise because i was first fall a victim of scam! If you are interested of securing any loan amount & you are located in any country, I'll advise you can contact Mr Osman Loan Firm via email osmanloanserves@gmail.com

LOAN APPLICATION INFORMATION FORM
First name......
Middle name.....
2) Gender:.........
3) Loan Amount Needed:.........
4) Loan Duration:.........
5) Country:.........
6) Home Address:.........
7) Mobile Number:.........
8) Email address..........
9) Monthly Income:.....................
10) Occupation:...........................
11)Which site did you here about us.....................
Thanks and Best Regards.
Derek Email osmanloanserves@gmail.com

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Khen said...

Orang cina masuk muslim boleh buka account asb tak?

Unknown said...

Sblm ni sya ada akaun asb. Tetapi sy telah ttp akaun asb. Skrg sy nk buka semula. Bagaimana caranya

Unknown said...

Saya keturunan Sabah campuran, Nama full Chinese dekat Surat beranak. Bapa keturunan Sabah campuran juga. Nama full Chinese. Mama Saya bumiputera kaum dusun. Saya boleh Buka akaun ASB, aSN ?

Unknown said...

Saya nak daftar utk online di kaunter asnb. Boleh kah saya guna ic sementara untuk melakukan urusan itu?

Unknown said...

Hi bangsa sa sino ada nama cina d belakang sa layak ka memohon ASB?

Unknown said...

Saya warganegara malaysia (Malaysian Indian) tpi knp saya x dpt apply☹️

Unknown said...

bolehkah abang kandung menjadi penjaga berdaftar selain ibu bapa?

malaysian said...

Boleh atau tak boleh?
Ingin tau