ASB & Islam

Ini adalah bahagian yang palng penting kerana ia melibatkan akidah kita sebagai umat Islam.




Dulu gempar juga bila Mufti Selangor pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

surat ini telah diarah tarik balik oleh Jabatan Mufti Selangor

  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
So jika anda setuju dengan kenyataan diatas, maksudnya anda sekarang berada di negara yang haram pendapatannya. Malaysia sendiri melabur dalam pelbagai sektor yang keewangannya diragui contoh seperti cukai "bukit judi", arak & rokok.  semua cukai/pendapatan negara  dimasukan dalam satu tabung/pool dan diagihkan-agihkan kepada rakyat sebagai gaji,bantuan,buat jalan dll.

Tapi itu bukan persoalannya, kerana ia memang tidak boleh dielakkan kecuali seluruh sistem ekonomi negara kita berubah dan ia tidak akan berlaku dalam sekelip mata.

HUKUM ASB DALAM ISLAM.

Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Keterangan/Hujah: 
Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan;


Kesimpulannya: Terlalu ramai rakyat Malaysia yang bumiputera telah melabur dalam ASB ini. Dan jika mereka semua tutup akaun Malaysia akan mengalami kejatuhan ekonomi yang melampau.  Yang paling penting ialah ASB sendiri tidak melabur dalam unsur perjudian dan arak.

Lagi Artikel Akhbar;

ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan

KUALA LUMPUR 13 Jun – Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.
ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.
“Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.
“Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut,” katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.
Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.
Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.
“Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.
“Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus,” jelasnya.
Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.
Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.
Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.
“Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu,” kata jurucakap jabatan tersebut.

Kesimpulan : ASB adalah HALAL & Harus juga TIDAK HARAM.Perselisihan faham atau kefahaman adalah satu kelebihan dan rahmat buat kita. Ini kerana kita boleh "taqlik" ikut mana yang terbaik.  Para mufti juga akan menjawab & bertanggungjawab atas setiap Fatwa mereka keatas kita. Wallalhualam...

19 comments:

Anonymous said...

Sebaiknya elakkan syubhah brother...

iz said...

Setuju dimana perkara shubhah perlu dielakkan.

namun jika begitu di Malaysia sumber gaji kita semua shubhah.

Wallahualam.

Anonymous said...

Adakah ASB diiktiraf saham patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti?

Anonym0053 said...

Pendapat peribadi saya tentang isu ASB berdasarkan Pendapat tiga orang tokoh ilmuan Islam di Malaysia ini - http://wp.me/p2qv8w-H

Anonymous said...

Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, Dr. Asri Zainal Abidin dan Ustaz Azhar Idrus ada pendapat masing-masing yang saya rasa semua orang perlu dengar dan teliti. Ulasan daripada ketiga-tiga Tokoh ini ada disini - http://anonym0053.wordpress.com/2014/01/08/hukum-pelaburan-amanah-saham-bumiputera-asb/

Anonymous said...

Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, Dr. Asri Zainal Abidin dan Ustaz Azhar Idrus ada pendapat masing-masing yang saya rasa semua orang perlu dengar dan teliti. Ulasan daripada ketiga-tiga Tokoh ini ada disini - http://anonym0053.wordpress.com/2014/01/08/hukum-pelaburan-amanah-saham-bumiputera-asb/

Belajar saham said...

Kejap sejuk kejap panas benda alah asn asb ni.
Baik belajar saham biasa tapi patuh syariah

Anonymous said...

kalau benar ia halal keluarkan sahaja satu kenyataan yang menyatakan ia halal. pap letak lambang halal kat iklan asb tu kan senang. baru lar hilang semua keraguan masyarakat. kejar duit untuk dunia tak sama dengan kejar akhirat bro. Wallahualam

Anonymous said...

salam..sya x arif cgat pasal isu ni tapi apa yg saya tahu ASB ni pada asalnya di HALALKAN kerana mengikut hukum feqah MASALIHUL MURSALAH yang manemengambil kire kemaslahatan umat islam di Malaysia...tapi pada pandangan saya sejauh mane sumber ni boley digunakan dalam isu ni dan kemaslahatan yang dilihat ini bukanlah sampay tahap darurat kerana ASB bukan satu satunya institusi yang menawarkan tawaran sebegini...banyak lagi instusi yang syariah compliance yang tawarkan tawaran mcm yang ASB buat nii..x melaburkan dalam arak dan judi bukan bererti halal bahkan dosa amalkan riba' itu juga besar sehingga Allah isytiharkan perang kepada golongan2 yang makan riba' nii..sape lagi nk bantu kite kalu Allah sendiri isytihar perang??maaf..ini hanya pendapat peribadi dan saya masih belajar...

Unknown said...

hurmmm..

Unknown said...

hurmmm..

Jas Elegant said...
This comment has been removed by the author.
Jas Elegant said...

Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
.
Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
.
Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: www.facebook.com/investment.unittrust
.
" Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

Unknown said...

Banyak lagi perbankan yg memberi dividen bersumberkan pelaburan halal,jadi kita pilihlah Tabung haji..tak rugi pn negara kita,lebih diberkati dan dirahmati Allah,tak subhah,duit dividen beri makan pd anak2 halal,hati senang,beribadat pun tak liat dan segala amalan kita diterima Allah.

Unknown said...

Banyak lagi perbankan yg memberi dividen bersumberkan pelaburan halal,jadi kita pilihlah Tabung haji..tak rugi pn negara kita,lebih diberkati dan dirahmati Allah,tak subhah,duit dividen beri makan pd anak2 halal,hati senang,beribadat pun tak liat dan segala amalan kita diterima Allah.

Ja'a said...

brapa byk pun jumlah dlm akaun asb.. yg dikira hanyalah sehingga maksimum rm200k... sekiranya dalam akaun adalah rm300k, kiraan akan 200k x (dividen + bonus) + 100k.. satu lg rahsia.. letak laa duit dr awal thn .. kiraan untk dividen tu hanya dikira bermula bulan septemper (kalu tak silap)..

Unknown said...

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/331459/kesepakatan-syariah-dalam-pelaburan-asb/amp

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Do you need Finance said...

Fast cash offer for you today at just 3% interest rate, both long and short term cash of all amounts and currencies, no collateral required. Apply now for your instant approval financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036