Tuesday, October 29, 2013

AKU NAK KAHWIN, DUIT TAK ADA :p

KAHWIN....



Ia bukanlah satu perkara yang kecil untuk dibincangkan.
Perkahwinan merangkumi banyak aspek yang perlu diketahui samada dari kursus atau mendengar pengalaman pasangan-pasangan yang sedang atau telah melaluinya.

Iz bukan nak buat kursus kahwin kat post nie :p
Saje bagi intro macam gempak sket ( la sangat )

Apa yang ingin iz bincangkan cuma satu dari seribu topik perkahwinan nie.

DUIT UNTUK BUAT KAHWIN



Sebelum pergi lebih jauh suka untuk iz ceritakan pengalaman iz berkenaan duit kahwin nie. ( Iz Single Lagi)
Pengalaman uruskan PERSONAL LOAN untuk para pelanggan yang muda-mudi nie nak buat duit kahwin.

  Banyak kali dapat alasan buat loan sebab nak kahwin nie, tapi satu cerita yang buat iz terfikir sejenak.
Ia berlaku dalam bulan March 2013. Seorang lelaki dan seorang perempuan datang ke branch untuk membuat pinjaman peribadi.

     Iz pn lakukan prosedur biasa iaitu dapatkan maklumat sebanyak mungkin supaya memudahkan permohonan pinjaman peribadi. Soalan pertama iz ialah bertanya apakah hubungan antara mereka berdua untuk tujuan keselamatan. Manalah tahu perempuan tu kena pukau ke then wat Loan... pengalaman gak huhu..

 Mereka kemudian menjawab yang mereka adalah pasangan yang baru bertunang 4 bulan.
Dipendekkan cerita mereka mahu apply pinjaman $25k untuk majlis kahwin. Iz buat2 la busy body..haha.. 
tanya langsung bila? Si bakal suami pantas menjawab bulan depan bang. Bagus la tu. Tahniah, nanti jangan lupa jemput. so ni kira nak tambah-tambah jela nie? iz tanya dia. Tak ada lah bang, memang banyak tu nak buat majlis. Mase tunang dah banyak habis duit. Tak Sempat Kumpul Duit. Jawab si lelaki tadi sambil berat untuk tersenyum.

  Iz terdiam sekejap dengar dia jawab macam tue. Dalam hati terfikir dia bertunang ala Ghetis Ka?
Malas nak jadi detektif sangat iz pun teruskan permohanan dia. Pendek cerita pinjaman dia hanya lulus $9K dengan tempoh bayaran 5 tahun, Iz rasa pelik kerana dengan pendapatan bulanan dia sekarang boleh lulus untuk $30K. Si bakal isteri mendesak si bakal suami untuk ambil sahaja $9K tersebut dan akan buat loan atas nama dia pula, Lulus Lagi $12K.

  Bila diselidik baru lah iz tahu dia ada buat loan dengan lain bank untuk pertunangan dia dahulu. Dalam hati iz macam mengeluh sekejap. ( Aku pulak mengeluh -__-" ) mengeluh sebab rasa kecewa dengan sikap mereka. 

  Umur masih muda, 20-an, hutang tujuan perkahwinan sudah berlambak. Anda banyangkan bila sudah berumahtangga. Dalam Setahun dapat anak Sorang, Pakaian anak, susu anak, ubat-ubatan, pendidikan dan nak bayar loan lagi???? Kalau Anak Kembar Macam Mana??? Parah ooooo....

So korang-korang yang muda-muda ni tolong lah menyimpan tak kesah untuk tujuan kahwin atau apa sahaja. Kalau Susah Sangat Nak Menyimpan Guna Formula Iz Neh. At Least Dapat Membantu.

Kumpul Duit Dalam Masa 5 Tahun

Apply ASB LOAN RM 50,000 
Bulanan Simpan $300 sahaja
Ambil Dividen 8% Dah Cukup.
RM 50,000 × 8% = RM 4,000

Dalam Masa 5 Tahun.
$4K x 5 Tahun = $20K.

Pergi lah Jumpa Tok Kadi.

So Tak Perlu buat pinjaman peribadi untuk kahwin.
Lepas Kahwin Korang tak nak bayar lagi ASB LOAN batalkan Je.
Hilang Pening. 
Kalau Korang Teruskan Lagi 5 Tahun Dapat Kahwin Sorang Lagi ( Lelaki Sahaja)
Dalam Masa 20 Tahun Dah Kahwin 4. Hahahaha.. Bijak Tak??
(p/s :jika mampu lah ye )

Nak Tahu Korang Layak Ke Tak Buat ASB Klik >> SINI <<

Semoga anda tidak dibebani seperti Customer yang iz ceritakan tadi.



Wassalam.